Tuesday, 15 May 2012


GLOBALISASI DN PEMBANGUNAN ( AG 30803 )
DR GAIM LUNKAPIS
 
TAJUK: TRANSFOMASI PEMBANDARAN TERHADAP KUALITI HIDUP DI INANAM, SABAH
WAN KHAIRUDDIN BIN ABDUL KADIR
BA 09110150

ABSTRAK

Perkembangan bandar adalah satu susunan yang dikatakan semakin meningkat dalam pembentukan bandar. Bandar yang semakin meningkat akan menyebabkan pertambahan penduduk disamping peningkatan kualiti hidup. Penilaian kualiti hidup dan proses pembandaran merupakan cermin perkembangan sesebuah bandar dengan kemudahan sosial dan sebangainya. Sehubungan itu perkembangan ini adalah pertalian yang sangat penting dalam peningkatan sosioekonomi penduduk. Ini disebabkan proses pembandaran yang sebahagian besarnya berpunca dari pertambahan penduduk seiring berdepan dengan masalah dan isu kualiti hidup di sebuah bandar. Pembangunan bandar yang pesat secara tidak langsung menuntut perubahan peradigma baru di kalangan penduduk yang akhirnya menjadi titik penentu terhadap kualiti hidup sesebuah bandar. Perkembagan bandar di Inanam menampakkan peningkatan jumlah penduduk hal ini disebabkan adanya peningkatan peluang pekerjaan disamping kos sara hidup yang meningkat. Pembangunan sesebuah bandar juga berkait rapat dengan jumlah penduduk di sesebuah bandar. Dengan ini suatu kerangka pembangunan yang melibatkan proses pembandaran dan spiritual yang melibatakan manusia hendaklah dirancang secara terperinci terlebih dahulu sebelum dibangunkan. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kualiti hidup di dalam sebuah bandar tersebut. Makna kualiti didefinisikan oleh pengalaman penduduk disamping apa yang disediakan oleh persekitaran. Kajian secara emprikal dilakukan di bandar Inanam bagi mendapatkan status kualiti hidup masyarakat berasaskan kepada tiga kompenan utama iaitu kesediaan penduduk, persekitaran bandar dan akses bandar.

Kata kunci: pembandaran, transfomasi, paradigma, jumlah penduduk.

No comments:

Post a Comment