Monday, 2 April 2012

sorotan literatur


Menurut Juli Edo (2002) pembangunan secara umumnya membawa maksud peningkatan kualiti kehidupan. Kualiti kehidupan yang dicapai lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. Pembangunan boleh dicapai melalui dua cara iaitu cara berperingkat-peringkat (evolusi) atau mengejut (revolusi). Pembangunan yang berlaku secara berperingkat-peringkat dianggap lebih baik kerana peningkatan peningkatan kualiti hidup berdasarkan kebendaan berlaku seiring dengan perkembangan minda. Pembangunan seperti ini dapat menghindarkan kejutan budaya yang mengundang permasalahan “first-world facilities vs third-world mentality”. Masyarakat tidak perlu membuat penyuasaian drastik kerana keinginan (kehendak) atau keperluan terhadap perkara-perkara yang lebih berkualiti berlaku selaras dengan perkembangan minda yang timbul hasil daripada pendidikan, interaksi dan pendedahan kepada unsur-unsur pemodenan yang diperolehi melalui mediamassa dan sumber-sumber pengetahuan yang lain.

Dalam kajian beliau mengenai pembangunan dan transformasi yang berlaku melibatkan penduduk pendalaman khasnya dalam kalangan masyarakat peribumi-minoriti, mendapati bahawa putaran kemiskinan dan kemunduran mengancam segelintir kumpulan minoriti ini. Sistem sokongan yang tidak kukuh memaksa kumpulan minoriti ini berkerja keras untuk memenuhi tuntutan kemodenan yang semakin rumit. Disamping membeli makanan dan keperluan asas, mereka terpaksa membayar berbagai-bagai bil, membeli peralatan rumah, perhiasan diri, barangan mewah seperti alat-alat elektrik, kenderaan dan sebagainya. Dalam masyarakat seperti ini, pendidikan lazimnya tidak berfungsi sebagai saluran untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan status sosial mereka. Dalam keadaan ini masyarakat pedalaman masih dibelenggu pelbagai kesempitan dan memerlukan sistem sokongan yang padu untuk meningkatkan kualiti hidup. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Salah satu langkah dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar ialah melalui rancangan Buku Hijau, namun program ini dikatakan gagal membantu.

Juli Edo (2002) berpendapat bahawa masyarakat kawasan pedalaman khasnya kumpulan minoriti menghadapi terlalu banyak halangan secara langsung ataupun tidak yang membantutkan pembangunan mereka. Walaupun kumpulan ini bersemangat positif terhadap pembangunan, namun seringkali luntur akibat halangan-halangan yang sebahagian besarnya berpunca daripada pihak luar, umpamanya masalah status tanah yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan tanah dengan berkesan kerana tidak ada agensi-agensi pembangunan yang sanggup membantu. Selain itu sebahagian besar peruntukan untuk pembangunan adalah kecil dan terbatas pengagihannya.Keadaan ini amat merugikan masyarakat kerana mereka telahpun mengorbankan cara hidup tradisional sedangkan cara hidup baru tak kunjung tiba.

Dalam kajian ini beliau mengenalpasti empat kelemahan program pembangunan iaitu sistem yang bersifat terlalu dipusatkan, kedua program-program yang dilaksanakan terlalu umum dan khidmat sokongan susulan terlalu lemah, tiada kesungguhan untuk menyesuaikan pembangunan nasional dengan keperluan masyarakat dan keempat, sistem birokrasi yang terasing daripada komuniti orang asli.

No comments:

Post a Comment