GLOBALISASI DN PEMBANGUNAN ( AG 30803
)
DR GAIM LUNKAPIS
TAJUK: TRANSFOMASI PEMBANDARAN
TERHADAP KUALITI HIDUP DI INANAM, SABAH
WAN KHAIRUDDIN BIN ABDUL KADIR
BA 09110150
ABSTRAK
Perkembangan
bandar adalah satu susunan yang dikatakan semakin meningkat dalam pembentukan
bandar. Bandar yang semakin meningkat akan menyebabkan pertambahan penduduk
disamping peningkatan kualiti hidup. Penilaian kualiti hidup dan proses pembandaran
merupakan cermin perkembangan sesebuah bandar dengan kemudahan sosial dan
sebangainya. Sehubungan itu perkembangan ini adalah pertalian yang sangat penting
dalam peningkatan sosioekonomi penduduk. Ini disebabkan proses pembandaran yang
sebahagian besarnya berpunca dari pertambahan penduduk seiring berdepan dengan
masalah dan isu kualiti hidup di sebuah bandar. Pembangunan bandar yang pesat
secara tidak langsung menuntut perubahan peradigma baru di kalangan penduduk
yang akhirnya menjadi titik penentu terhadap kualiti hidup sesebuah bandar. Perkembagan
bandar di Inanam menampakkan peningkatan jumlah penduduk hal ini disebabkan adanya
peningkatan peluang pekerjaan disamping kos sara hidup yang meningkat. Pembangunan
sesebuah bandar juga berkait rapat dengan jumlah penduduk di sesebuah bandar.
Dengan ini suatu kerangka pembangunan yang melibatkan proses pembandaran dan spiritual
yang melibatakan manusia hendaklah dirancang secara terperinci terlebih dahulu
sebelum dibangunkan. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kualiti hidup di
dalam sebuah bandar tersebut. Makna kualiti didefinisikan oleh pengalaman
penduduk disamping apa yang disediakan oleh persekitaran. Kajian secara emprikal
dilakukan di bandar Inanam bagi mendapatkan status kualiti hidup masyarakat berasaskan
kepada tiga kompenan utama iaitu kesediaan penduduk, persekitaran bandar dan
akses bandar.
Kata kunci:
pembandaran, transfomasi, paradigma, jumlah penduduk.