Friday, 30 March 2012

transfomasi pembandaran


Blog ini membincangkan perkara seperti berikut:

1). Transfomasi pembandaran
2). Kualiti hidup 
Transfomasi pembandaran yang semakin meningkat telah membawa sesuatu Bandar menjadi lebih moden. Perubahan Bandar yang semakin maju telah memberi rasional kepada masyarakat sekitar untuk menjadi lebih maju disamping menjadikan fungsi Bandar menjadi lebih pesat.kajian yang dijalankan melihat sejauhmana tahap pembangunan di pekan Inanam di kota kinabalu. 

Disamping itu juga, peningkatan kualiti hidup juga semakin meningkat dengan adanya frasarana, peluang pekerjaan, kemudahan, interaksi sosial dan sebagainya. Ia juga bergerak seiring dengan globalisasi ekonomi Negara.kualiti hidup yang semakin meningkat dalam golongan minoriti di kawasan bandar.

Monday, 26 March 2012

Kota Kinabalu – Sabah


Kota Kinabalu (atau “KK”) ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.